Sunday, 25 December 2011

Tradisional Food Industries

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;

Para pelanggan yang dirahmati Allah s.w.t, 


Kedai kami di Taman Paroi Jaya
InsyaAllah sebagai post pertama untuk blog ini, kami ingin memperkenalkan kepada saudara/saudari berkenaan Tradisional Food Industries (TFI).
  
Diasaskan pada 1992, kami menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional kepada pelanggan-pelanggan kami terutamanya makanan warisan melayu seperti kacang salut, kerepek ubi pedas, kerepek ubi kuning, bahulu, dan sebagainya.

Perniagaan keluarga yang dimulakan secara kecil-kecilan dari rumah kini telah ‘matang’ dan Alhamdulillah, atas berkat dan kurniaan rezeki daripada Allah s.w.t, perniagaan kami kini mempunyai sebuah premis jualan bertempat di 

418, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban, Negeri Sembilan (Rumah Kedai)

Dengan ruang yang lebih luas, kami dapat memberi keselesaan kepada pelanggan semasa membeli belah.

Bagi kami, kepuasan pelanggan perlu diutamakan. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan apa jua jenis makanan tradisional yang diperlukan oleh pelanggan ada ditawarkan di kedai kami. 

Keadaan ekonomi semasa tidak menentu dan kos kehidupan semakin meningkat. Bagi membantu para pelanggan kami untuk berjimat-cermat, kami menawarkan harga yang amat berpatutan atas hampir kesemua produk kami. Kami juga ingin memastikan harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah di pasaran. Sekiranya tuan/puan medapati harga kami bukan yang terbaik, kami menghargai sekiranya saudara/saudari dapat memaklumkan kepada kami.

Produk-produk yang ditawarkan juga adalah yang terbaik atas pilihan kami. Sebagai contoh, ramai pengusaha tempatan menawarkan untuk menjadi pembekal bahulu kepada kami, tetapi kami hanya memilih pembekal yang mempunyai kualiti bahulu yang baik yang dapat menawarkan harga terbaik.

Antara produk yang ditawarkan adalah:




Kerepek Ubi Kuning
  • Kacang Salut
  • Kerepek Ubi Pedas
  • Kerepek Ubi Pedas Kering
  • Kerepek Ubi Kuning
  • Kerepek Pisang (Tanduk / Nipah / Sira / Madu, etc.)
  • Kerepek Bawang
  • Kerepek Ubi Berperisa (BBQ / Kentang Kari / Black Pepper / etc.)
  • Bahulu (Biasa / Cermai / Belang / Belimbing / Kotak, etc.)
  • Serunding Ayam & Daging
  • Maruku (Pulut / Kacang Dal / Kacang Peas / Udang Geragau, etc.)
  • Maruku India (dibuat oleh Indian Muslim)
  • Popia Mini (Isi Serunding)
  • Popia Simpul Pedas
  • Karipap Mini
  • Keropok Kacang Peas
  • Makanan Ringan (Kuih Bantal / "Coco Crunch" / Keropok "Roda")
  • Kuih-muih Tradisional (pelbagai variasi ditambah setiap sebelum hari raya)
  • Kordial Pelbagai Perisa
  • Pes-Pes Masakan "Adami" (Soto / Mi Rebus / Mi Bandung / Kurma / Asam Pedas / Kuah Kacang etc.)
  • Tepung Kek
  • Kuih Denderam
  • Kuih Karas
  • Kuih Tiram
  • Mini-cup Dodol
  • Kuih Siput
  • Kuih Inang-Inang
  • Kacang Tumbuk (Peanut Barley Candy)
  • Dried Mango / Dried Kiwi
  • Sagun
  • Kuih Bangkit Sagu / Kelapa
  • Rempeyek (Biasa / Mini / Ikan Bilis / etc.)
  • Biskut Azan
  • Roti Arab
  • Kurma "Yusuf Tayyoob"
  • Madu Lebah, Madu Gamat, Madu Tualang
  • Madu Manuka (dari New Zealand)
  • Gula Enau Asli (dari Kuala Pilah)
  • Acar Buah
  • Ekstrak Buah Delima (Pomegranate Concentrate)
  • Keropok Ikan (dari Terengganu)
  • Jeruk Buah (buatan Muslim dari Pulau Pinang)







    Untuk membuat tempahan atau sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan berkenaan produk atau premis kami, sila hubungi 
    • Kedai kami di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan +60 6 678 7078
    Waktu Operasi Kami adalah seperti berikut:



    • Isnin - Sabtu --> 8.00 AM hingga 6.45 PM (Jumaat tutup 1.00 PM - 2.30 PM)
    • Ahad --> 8.00 AM hingga 2.00 PM



    Untuk Lokasi GPS, koordinat adalah seperti berikut:
    • 2.730099 °  N, 101.985955 °  E








    Trivia:
    Ejaan pada nama syarikat ini adalah "Tradisional" Food Industries dan bukan "Traditional". Hal ini adalah disengajakan atas sebab kami mahu mengekalkan dasar-dasar "kemelayuan" di dalam perniagaan ini.









    11 comments:

    1. Perniagaan & Perindustrian orang melayu yg kita perlu bangga & beri sokongan :)

      ReplyDelete
    2. Assalam..adakah encik membuka ruang untuk sebarang lawatan ke kilang anda? Tq

      ReplyDelete
    3. Salam Tuan Haris, tuan boleh hubungi 013-6087753 (Pn. Normah) untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai lawatan ke premis mereka.

      ReplyDelete
    4. Assalam tuan..sy pn.siti dri pahang..sy pengeluar kerepek pisang nangka & kuih bahulu tradisi original dan pelbagai perisaĺ...sy jg ada mengeluar kan beberapa jenis biskut,antaranya rainbow cookies & choc chip cookies..jika pihak tuan memberi peluang utk sy bekalkan produk sy di kedai tuan blh hubungi/whatsapp sy 0122915254..terima kasih

      ReplyDelete
    5. Saya dari ipoh..klu nk dlm kuantiti bnyak pihak sana blh pos ke..sj tnya

      ReplyDelete
    6. Blh saya thu cara nak menghubungi puan/tuan utk menanyakan soalan ????

      ReplyDelete
    7. Ade cawangan dekat area johor tak

      ReplyDelete
    8. Hi nak tanya ada jual kerepek nachos tak

      ReplyDelete
    9. Gambling No Deposit Bonus | Welcome Bonus Guide 2021
      Most casinos give you a no deposit 오락실 슬롯 머신 게임 bonus when you register with the 골인 벳 casino website. 바카라nbs시스템 They can 블랙 잭 사이트 offer no deposit free play, which makes this 네임드사다리 game a

      ReplyDelete
    10. Casino Table Games at River City - MapyRO
      The Casino 영천 출장샵 Table Game is one of 김포 출장마사지 the 통영 출장안마 most popular table games in Washington. Whether you prefer playing 논산 출장샵 for real money or just for fun, there are some 대전광역 출장샵

      ReplyDelete