Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;
Para pelanggan yang dirahmati Allah s.w.t,
Kedai kami di Taman Paroi Jaya |
Diasaskan pada 1992, kami menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional kepada pelanggan-pelanggan kami terutamanya makanan warisan melayu seperti kacang salut, kerepek ubi pedas, kerepek ubi kuning, bahulu, dan sebagainya.
Perniagaan keluarga yang dimulakan secara kecil-kecilan dari rumah kini telah ‘matang’ dan Alhamdulillah, atas berkat dan kurniaan rezeki daripada Allah s.w.t, perniagaan kami kini mempunyai sebuah premis jualan bertempat di
418, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400, Seremban, Negeri Sembilan (Rumah Kedai).
Dengan ruang yang lebih luas, kami dapat memberi keselesaan kepada pelanggan semasa membeli belah.
Bagi kami, kepuasan pelanggan perlu diutamakan. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan apa jua jenis makanan tradisional yang diperlukan oleh pelanggan ada ditawarkan di kedai kami.
Keadaan ekonomi semasa tidak menentu dan kos kehidupan semakin meningkat. Bagi membantu para pelanggan kami untuk berjimat-cermat, kami menawarkan harga yang amat berpatutan atas hampir kesemua produk kami. Kami juga ingin memastikan harga yang ditawarkan ialah yang paling rendah di pasaran. Sekiranya tuan/puan medapati harga kami bukan yang terbaik, kami menghargai sekiranya saudara/saudari dapat memaklumkan kepada kami.
Produk-produk yang ditawarkan juga adalah yang terbaik atas pilihan kami. Sebagai contoh, ramai pengusaha tempatan menawarkan untuk menjadi pembekal bahulu kepada kami, tetapi kami hanya memilih pembekal yang mempunyai kualiti bahulu yang baik yang dapat menawarkan harga terbaik.
- Kacang Salut
- Kerepek Ubi Pedas
- Kerepek Ubi Pedas Kering
- Kerepek Ubi Kuning
- Kerepek Pisang (Tanduk / Nipah / Sira / Madu, etc.)
- Kerepek Bawang
- Kerepek Ubi Berperisa (BBQ / Kentang Kari / Black Pepper / etc.)
- Bahulu (Biasa / Cermai / Belang / Belimbing / Kotak, etc.)
- Serunding Ayam & Daging
- Maruku (Pulut / Kacang Dal / Kacang Peas / Udang Geragau, etc.)
- Maruku India (dibuat oleh Indian Muslim)
- Popia Mini (Isi Serunding)
- Popia Simpul Pedas
- Karipap Mini
- Keropok Kacang Peas
- Makanan Ringan (Kuih Bantal / "Coco Crunch" / Keropok "Roda")
- Kuih-muih Tradisional (pelbagai variasi ditambah setiap sebelum hari raya)
- Kordial Pelbagai Perisa
- Pes-Pes Masakan "Adami" (Soto / Mi Rebus / Mi Bandung / Kurma / Asam Pedas / Kuah Kacang etc.)
- Tepung Kek
- Kuih Denderam
- Kuih Karas
- Kuih Tiram
- Mini-cup Dodol
- Kuih Siput
- Kuih Inang-Inang
- Kacang Tumbuk (Peanut Barley Candy)
- Dried Mango / Dried Kiwi
- Sagun
- Kuih Bangkit Sagu / Kelapa
- Rempeyek (Biasa / Mini / Ikan Bilis / etc.)
- Biskut Azan
- Roti Arab
- Kurma "Yusuf Tayyoob"
- Madu Lebah, Madu Gamat, Madu Tualang
- Madu Manuka (dari New Zealand)
- Gula Enau Asli (dari Kuala Pilah)
- Acar Buah
- Ekstrak Buah Delima (Pomegranate Concentrate)
- Keropok Ikan (dari Terengganu)
- Jeruk Buah (buatan Muslim dari Pulau Pinang)
Untuk membuat tempahan atau sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan berkenaan produk atau premis kami, sila hubungi
- Kedai kami di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan +60 6 678 7078
Waktu Operasi Kami adalah seperti berikut:
Untuk Lokasi GPS, koordinat adalah seperti berikut:
- Isnin - Sabtu --> 8.00 AM hingga 6.45 PM (Jumaat tutup 1.00 PM - 2.30 PM)
- Ahad --> 8.00 AM hingga 2.00 PM
Untuk Lokasi GPS, koordinat adalah seperti berikut: